Sejarah

Mulanya adalah sebuah kawasan hutan belantara tropika. Kawasan  dataran bertanah pamah.Terletak di persisir Selat Melaka.

Mula diteroka pada tahun 1926 oleh beberapa orang yang berasal dari penduduk berdekatan juga dari tempat-tempat lain seperti Kuala Selangor, Negeri Perak, Johor dan sebagainya. Mereka berhijrah ke tempat ini semata-mata mahu mengubah nasib  mencari kelebihan dari kehidupan sebelumnya. Berpegang dari dalil Al Quran, 
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11.

Kebanyakan dari mereka adalah dari suku Banjar dan Jawa.Mereka memasang matlamat apabila telah dapat mengubah nasib mereka dan penya harta yang mencuckupi mereka akan menunaikan rukun Islam yang ke lima iaitu menunaikan Haji ke Makkah.

Pada ketika itu mereka membuka kawasan sawah padi,oleh kerana musim hujan yang tidak menentu sedikit demi sedikit mereka mengubah corak pertanian kepada penanaman kelapa.

Asal nama Kampung Banting pula diambil sempena nama sebatang sungai yang terdapat di Kampung Banting. Bahagian kuala sungai ini terletak di tengah-tengah kuala Sungai Pulai dan Permatang Tebok Jawa. Perkataan “banting” pula dipercayai berasal daripada perkataan “benteng” bermaksud empangan air. Sungai Banting yang salurannya terus ke Laut Selat Melaka selalu dinaiki air apabila air laut pasang dan pada musim tengkujuh. Lantaran itu, penduduk bergotong royong membina satu benteng dengan menggunakan batang-batang kayu bakau dan tanah liat yang akhirnya berjaya menyekat limpahan air bah.

Namun, benteng ini selalu pecah dan memaksa penduduk bergotong royong memperbaiki semula benteng tersebut. Maka, penempatan ini diberi nama Kampung Benteng. Walau bagaimanapun, loghat Jawa Banjar mengubah sebutan benteng menjadi “banting”. Selepas daripada itu, nama Kampung Benteng telah ditukar menjadi Kampung Banting sehingga ke hari ini.