JKKK

Jawatankuasa Keselamatan Kampung(JKKKK)
Definasi(mengikut wikipedia)

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK merupakan organisasi sesebuah kampung untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah kampung. JKKK diketuai oleh seorang ketua kampung. Dalam perkampungan tradisional Melayu, ketua kampung secara automatik menjadi ketua / pengerusi JKKK. Di beberapa tempat, ketua kampung dipangil tok sidang (Perak), tuk empat dan tok dagang (Negeri Sembilan) dan penggawa (Kelantan).
Mesyuarat JKKK diadakan sebulan sekali dan ahli JKKK akan mendapat elaun kehadiran . Turut serta ialah Penghulu mukim. Penghulu ialah kaki tangan tetap kerajaan negeri dengan kelulusan SPM dan ke atas. Di sesebuah mukim, terdapai pejabat penghulu atau balai penghulu. Contohnya di Semenyih, terdapat Kompleks Balai Penghulu kerana menempatkan beberapa pejabat agensi kerajaan yang lain.
Penghulu akan melaporkan masalah, aduan dan rayuan daripada JKKK kepada Pegawai Daerah. Pegawai Daerah bertanggungjawab kepada Menteri Besar di setiap negeri . Di peringkat pusat, ia di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

JKKK Kampung Banting yang baru ini telah mula dipegang oleh Ahli-ahli PKR pada tahun 2008 setelah kerajaan Negeri Selangor diambil alih oleh PKR. Sebelum ini JKKK adalah di pegang oleh ahli-ahli UMNO.

JKKK Kg Banting telah meletakkan beberapa objektif dalam organisasinya
*Menjadikan masyarakat yang sihat dan produktif
*Memastikan kampung sentiasa bersih,indah dan ceria.
*Malahirkan masyarakat yang berilmu,berpendidikan dan  sentiasa berinformasi.
*Memupuk semangat ukhuawah dan sentiasa mengutamakan hablumminannas dan habluminAllah
*Membentuk Modal Insan yang menjunjung Al Quran dan As Sunnah.